Malaysia
Lari lebih sejam, van penuh rokok seludup bernilai RM1 juta tumpas di Tawau – Polis

Cubaan seorang lelaki melarikan van sarat rokok seludup gagal selepas dikejar lebih sejam sebelum berjaya dipintas polis di Kampung Titingan, Tawau.
Pasukan polis marin mengesan sebuah van sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan, sebelum cuba menjalankan pemeriksaan.
Bagaimanapun, pemandu van terbabit bertindak nekad memecut laju bagi mengelak dia ditahan dalam operasi berkenaan.
Dalam kejadian jam 2.20 pagi, operasi membabitkan lima kenderaan peronda dan pasukan khas Unit Gempur Marin itu membawa kepada penemuan 678,400 batang rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM1 juta.
Suspek tempatan berusia 43 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.