Malaysia

Lebih 100 penduduk Taman Desa Rusa resah, cerun runtuh di belakang kediaman, mohon pihak berkuasa bertindak

Kuala Lumpur, Ogos 27 – Lebih 100 penduduk Taman Desa Rusa di Port Dickson
bimbang susulan cerun runtuh di belakang kediaman mereka kini sudah kembali.

Situasi itu difahamkan, menyebabkan penghuninya ada yang tidak tidur lena terutamanya ketika cuaca hujan susulan cerun berkenaan berada hanya tiga meter dari kediaman penduduk.

Menurut sumber, penduduk setempat resah dan bimbang dengan keadaan semasa iaitu musim hujan, menyebabkan tembok cerun berkenaan runtuh sebelum kejadian kedua berlaku pada Jumaat lalu kira-kira jam 7 malam.

Sumber juga berkata, setiap kali hujan, anak-anak disitu berasa cemas kerana takut kejadian lebih buruk berlaku sebab sebelum ini tanah runtuh hanya sedikit sahaja.

Mengulas, penduduk setempat memohon pihak berkuasa dapat bertindak melakukan sesuatu demi keselamatan semua di situ.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker