Dunia

Lebih 10,000 kehilangan pekerjaan menjelang Aidilfitri di Indonesia

Ekonomi Indonesia di ambang krisis menjelang Aidilfitri dengan lebih 10,000 pekerja kehilangan pekerjaan akibat penutupan syarikat besar seperti Sritex, Yamaha, dan Sanken Indonesia.

Persatuan Buruh Indonesia turut melaporkan lebih 4,000 pemecatan pada Januari sahaja, dan angka ini dijangka meningkat.

Pemecatan besar-besaran ini berlaku ketika rakyat bersiap menyambut Ramadan dan Aidilfitri, menambah tekanan kepada keluarga yang kehilangan sumber pendapatan.

Kerajaan menawarkan insentif seperti tambang penerbangan murah dan diskaun tol, tetapi langkah ini tidak mencukupi untuk menampung kesan kehilangan pendapatan ribuan pekerja.

Pakar ekonomi memberi amaran bahawa situasi ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi jika tidak dikawal, dengan pengurangan kuasa beli rakyat memberi kesan kepada keseluruhan pasaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker