Dunia

Lebih 150,000 penduduk Punjab dipindahkan akibat banjir besar

Lebih 150,000 penduduk di wilayah Punjab, Pakistan terpaksa dipindahkan selepas banjir besar melanda susulan hujan monsun berterusan dan pelepasan air dari empangan India.

Ramai membawa bersama barangan serta ternakan ketika meninggalkan kediaman mereka di daerah Kasur dan kawasan sekitar.

Amaran bahaya banjir pada tahap “sangat tinggi hingga luar biasa” dikeluarkan selepas India membuka semua pintu Empangan Thein di Sungai Ravi.

Langkah itu dijangka meningkatkan lagi paras air di Punjab, kawasan yang menjadi ‘gedung makanan’ Pakistan dan menempatkan separuh daripada populasi 240 juta negara itu.

Pemindahan besar-besaran bermula sejak Jumaat lalu dengan hampir 35,000 penduduk berpindah secara sukarela selepas menerima amaran awal sejak 14 Ogos.

Selebihnya dipindahkan secara paksa oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kehilangan nyawa akibat limpahan air yang semakin serius.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker