Lebih 200 individu mangsa tertipu beli beg tangan dalam talian, anggaran kerugian RM3 juta dalam negara

Kuala Lumpur, Oct 22 – Lebih 200 kes melibatkan penipuan pembelian beg tangan secara dalam talian dengan anggaran kerugian mencecah RM3 juta di seluruh negara sejak tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pada tahun 2023 pula telah mencatatkan 137 kes dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta.
Katanya, setakat bulan lalu, ada lebih 100 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM900,000.
Tambahnya, ada kalanya barang yang ditawarkan dengan harga murah itu didakwa sebagai tulen namun tidak diketahui sumber dan sebagainya.
Susulan itu, beliau menasihati orang ramai agar membeli barangan secara dalam talian dengan menggunakan platfrorm yang sah dan memiliki jaminan.