Lebih 2,000kg kobis panjang tercemar akibat serangga perosak
Kuala Lumpur, Ogos 21 – Lebih 2,000 kilogram kobis panjang yang dibawa masuk dari Singapura ke Malaysia menerusi Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor Bahru mendapati tercemar akibat serangga perosak.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, pihaknya mengenal pasti serangga itu apabila pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah lori di Kompleks berkenaan, kelmarin.
Katanya konsainan itu kemudian telah ditolak kemasukannya, dan diarah dihantar pulang ke negara asal.
Edie Putra teas berkata perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan perosak, penyakit atau bahan cemar menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta yang sama.