Malaysia

Lebih 300 orang sertai perhimpunan aman di Shah Alam desak PM Anwar letak jawatan

SHAH ALAM, 7 Julai – Lebih 300 orang menyertai satu perhimpunan aman semalam di Shah Alam, Selangor, bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

Perhimpunan tersebut berlangsung di tempat letak kereta Seksyen 9 dan dianjurkan sebagai tanda ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu yang didakwa menjejaskan kehidupan rakyat.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk kos sara hidup yang semakin meningkat dan peluasan cukai SST yang berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Perhimpunan yang bermula sekitar jam 8 pagi diadakan di bawah pemantauan pihak polis. Peserta membawa sepanduk dan poster sambil melaungkan slogan-slogan sebagai tanda protes.

Beberapa ahli parti PAS dan bekas ahli PKR turut dilihat hadir.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku, dan peserta bersurai secara aman selepas perhimpunan berakhir.

Penganjur menyatakan bahawa ini hanyalah permulaan, dan satu perhimpunan yang lebih besar dijadualkan berlangsung pada 26 Julai di Dataran Merdeka.

Difahamkan, beberapa tokoh besar termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka turut serta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker