Dunia
Lebih 360 alami keracunan makanan program makan tengah hari percuma di sekolah

Lebih 360 pelajar dan penduduk di Sragen, Jawa Tengah dilaporkan jatuh sakit selepas menikmati hidangan tengah hari percuma yang dibekalkan di sekolah.
Kes ini menjadi insiden keracunan makanan terbesar sejak program makanan percuma Presiden Prabowo Subianto diperkenalkan Januari lalu, yang sebelum ini sudah mencatat lebih 1,000 mangsa di beberapa wilayah.
Makanan yang dipercayai tercemar dimasak di dapur pusat dan diedarkan ke sekolah sekitar, sementara sampel kini diuji di makmal.
Pihak berkuasa menghentikan sementara edaran makanan dari dapur tersebut dan memberi jaminan semua kos rawatan akan ditanggung kerajaan.
Program berkenaan kini melibatkan lebih 15 juta penerima dengan sasaran meluas kepada 83 juta orang hujung tahun ini.