Malaysia
Lebih 500 bakal sertai PLKN 3.0 Siri 2

Semakan panggilan kemasukan pelatih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 boleh dibuat mulai hari ini.
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan, berkata semakan boleh dibuat menerusi menerusi laman sesawang rasmi jabatan berkenaan.
Katanya, seramai 550 pelatih dijangka terpilih menyertai siri latihan kali ini yang akan berlangsung selama 45 hari bermula 11 Mei hingga 24 Jun ini.
Latihan akan dijalankan di dua kem Rejimen Askar Wataniah, iaitu Kem Rejimen 515 di Kuala Lumpur dan Kem Rejimen 505 di Pekan, Pahang.
Sepanjang program, pelatih akan mengikuti modul latihan yang merangkumi 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.