Malaysia

Lebih 50,000 Lubang Jalan Dibaiki Tahun Lalu – Kementerian Kerja Raya

KUALA LUMPUR: Lebih 50,000 lubang jalan di jalan persekutuan seluruh negara dibaiki tahun lalu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Sebanyak 3,955 lubang jalan dibaiki di Semenanjung, manakala 51,949 di Sabah, Sarawak, dan Labuan.

Kementerian menegaskan komitmennya memastikan jalan persekutuan sentiasa selamat melalui penyelenggaraan berkala sepanjang tahun.

Lubang jalan dipantau menerusi sistem dalam talian, dengan kerja pembaikan dijalankan dalam tempoh 24 jam hingga tiga hari selepas dikenal pasti, mengikut spesifikasi Jabatan Kerja Raya.

Jawapan ini diberikan kepada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang bertanya mengenai usaha kementerian dalam membaiki dan memastikan kualiti pembaikan jalan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker