Dunia

Lebih 6.2 juta warga Indonesia balik kampung naik pesawat

​Indonesia menyediakan 404 pesawat dengan kapasiti 9.9 juta tempat duduk untuk menyokong perjalanan pulang Aidilfitri 2025.

Langkah ini bertujuan menampung peningkatan jumlah penumpang yang dijangka mencapai 6.2 juta orang, meningkat 12% berbanding sekitar 5.5 juta tahun sebelumnya.

Selain itu, kerajaan menawarkan diskaun tiket penerbangan antara 10% hingga 14% dan potongan 20% untuk tol lebuh raya bagi meringankan beban kos perjalanan rakyat.

Tempoh puncak bagi pelepasan penumpang dijangka pada 28 Mac, manakala tempoh puncak kepulangan dijangka pada 6 April.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker