Malaysia

Lebih 600 pengarah syarikat dilarang tinggal Malaysia, gagal bayar carum pekerja

Kuala Lumpur, Ogos 28 – Lebih 600 nama pengarah syarikat telah diserahkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada Jabatan Imigresen antara Januari hingga Jun untuk disenarai hitam daripada meninggalkan negara.

Menurut laporan NST, sehingga bulan Jun ini, KWSP mendapati lebih 13,000 majikan yang berdaftar gagal membayar caruman pekerja dan lebih 12,000 pengarah syarikat telah dilarang meninggalkan negara kerana caruman tidak dibayar.

Ketua Pegawai Operasi KWSP Sazaliza Zainuddin tegas berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang, termasuk tindakan sivil dan jenayah, bagi melindungi hak pekerja.

Beliau turut memberi jaminan bahawa KWSP akan memastikan caruman tertunggak dibayar sepenuhnya melalui penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker