Dunia

Lebih 72 jam bertarung nyawa, mangsa gempa bumi Myanmar berjaya diselamatkan

Selepas lebih 72 jam bertarung nyawa di bawah runtuhan gempa bumi di Sagaing, Myanmar, seorang lelaki berusia 40-an akhirnya diselamatkan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) pada petang Rabu.

Dengan menggunakan peralatan khas, pasukan SMART mengesan mangsa yang terperangkap di Worksite K10, kawasan perumahan di Jalan Sagaing-Ta Da U.

Tepat jam 2 petang Rabu, mereka menemui lelaki itu masih bernyawa di celah runtuhan.

Dalam operasi penuh debaran bersama anggota bomba tempatan, mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.27 petang sebelum dikejarkan ke hospital.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan penyelamatan ini sebagai satu keajaiban memandangkan tempoh kritikal yang telah berlalu.

Sebelum ini, pasukan SMART turut menemukan enam jasad mangsa yang terkorban dalam bencana tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker