Lebih 78,000 calon Ijazah Sarjana Muda dapat tempat di IPTA

Seramai 78,883 calon lepasan Matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Diploma/setaraf telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan, sejumlah 109,866 permohonan diterima bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi UPUOnline tahun ini.
Secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini.
Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.
Bagi yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, KPT kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline dalam tempoh 10 hari lagi.