Lebih 800 terkorban, gempa bumi 6.0 magnitud landa Afghanistan

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Afghanistan lewat malam Ahad, mengorbankan lebih 800 orang dan mencederakan lebih 3,000.
Pusat gempa terletak berhampiran Jalalabad pada kedalaman lapan kilometer, menyebabkan kemusnahan teruk di wilayah Kunar dan Nangarhar termasuk beberapa kampung musnah total.
Pasukan penyelamat berdepan kesukaran akibat runtuhan, banjir dan tanah runtuh yang menghalang akses ke kawasan terpencil.
Lebih 300 mangsa telah dipindahkan ke hospital di Jalalabad menggunakan helikopter, manakala bekalan perubatan dihantar ke lokasi terjejas.
Beberapa gegaran susulan turut berlaku, sementara angka korban dijangka terus meningkat kerana ramai penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan.
Rumah lumpur dan binaan tidak kukuh memperburuk kesan gegaran yang dirasai lebih 1.2 juta orang.