Malaysia

Lebih ramai pempengaruh, pengasas kosmetik akan didedahkan terlibat dadah – Polis

Polis Kelantan mengesahkan akan ada tangkapan baharu membabitkan pempengaruh media sosial dan pengasas produk kosmetik yang disyaki terlibat dalam aktiviti dadah.

Menurut Ketua Polis, Datuk Yusoff Mamat, siasatan masih berjalan dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah, tanpa mengira populariti atau status.

Polis tidak hanya menumpukan pada tokoh awam, malah turut memburu pengedar dan dalang utama di sebalik rangkaian dadah tersebut.

Beberapa pempengaruh dan pengasas kosmetik masih dalam pemantauan rapi polis dan tangkapan baharu dijangka dilakukan tidak lama lagi.

Amaran ini disuarakan susulan operasi penguatkuasaan lebih agresif di Kelantan sejak beberapa bulan lalu.

Sejak awal tahun, beberapa operasi berimpak tinggi seperti Ops Taring Wawasan telah dijalankan, membawa kepada penangkapan besar-besaran serta rampasan dadah seperti daun ketum, syabu dan pil ekstasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker