Dunia

Lebih separuh dewasa dunia dijangka obesiti dalam 25 tahun

Lebih separuh daripada golongan dewasa serta satu pertiga kanak-kanak, remaja, dan belia di seluruh dunia dijangka mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti menjelang 2050.

Kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet melibatkan lebih 200 negara dan menunjukkan kadar obesiti bakal meningkat dengan cepat, terutamanya di negara berpendapatan rendah.

Para penyelidik memberi amaran bahawa peningkatan ini akan berlaku dengan lebih pantas dalam dekad ini jika tiada langkah pencegahan diambil segera.

Bagaimanapun, pakar percaya masih ada masa untuk mengelakkan risiko itu sekiranya kerajaan bertindak segera dengan melaksanakan langkah pencegahan yang berkesan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker