Malaysia

Lelaki bakar lori tunda milik MBJB kerana marah keretanya ditunda

Seorang lelaki tempatan bertindak membakar sebuah lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) selepas berang kenderaannya ditunda pihak berkuasa di Johor Bahru Waterfront, Jumaat lalu.

Suspek berusia 31 tahun itu dipercayai menuang petrol dan menyalakan api pada lori berkenaan yang diparkir di depoh simpanan, menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000.

Siasatan mendapati kereta jenis Perodua Axia miliknya ditunda MBJB beberapa hari sebelumnya, manakala dia dikatakan tidak mampu membayar kompaun serta enggan membuat rayuan.

Polis berjaya menahannya kira-kira dua jam selepas kejadian, selain merampas tong aluminium serta pemetik api yang digunakan.

Semakan rekod menunjukkan suspek pernah terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah, namun ujian urin kali ini didapati negatif.

Lelaki itu kini direman lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker