Dunia
Lelaki berkayak ditelan paus ‘humpback’, terselamat selepas dimuntahkan

SANTIAGO: Seorang lelaki di Chile terselamat selepas ditelan dan dimuntahkan semula oleh seekor paus ‘humpback’ ketika berkayak di perairan Punta Arenas.
Adrian Simancas, yang berkayak bersama bapanya, tiba-tiba disedut ke dalam mulut paus sebelum dilepaskan beberapa saat kemudian. Kejadian itu sempat dirakam oleh bapanya, Dell Simancas, yang panik apabila kehilangan kelibat Adrian selama beberapa saat sebelum melihatnya terpelanting keluar tanpa kayak.
Adrian menganggap dirinya sudah mati sewaktu kejadian dan menyifatkan pengalaman itu sebagai “tiga saat yang pelik di bawah sana.”