Malaysia

Lelaki berperwatakan wanita mati dibunuh, digilis lori

Seorang lelaki berperwatakan wanita ditemui maut dipercayai dibunuh di lorong berhampiran Jalan Horley, Kampung Jawa, Ipoh awal pagi Rabu.

Mangsa ditemui pekerja hotel sekitar jam 6 pagi dalam keadaan berlumuran darah bersama rambut palsu berwarna perang.

Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta belakang badan, manakala tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Kejadian berlaku sekitar jam 4.24 pagi, apabila mangsa dikejar sebuah lori bonded berwarna putih sebelum berlaku pergelutan. Mangsa kemudian terjatuh, digilis dan ditinggalkan di lokasi kejadian.

Polis telah mengenal pasti pemilik serta pemandu lori berkenaan dan kini mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker