Dunia
Lelaki berusia 102 tahun tawan Gunung Fuji

Seorang warga Jepun berusia 102 tahun, Kokichi Akuzawa, mencatat rekod dunia sebagai individu tertua menawan puncak Gunung Fuji yang berketinggian 3,776 meter.
Pendakian bersejarah itu dilakukan pada 3 Ogos lalu selepas beliau pulih daripada masalah jantung.
Akuzawa yang aktif mendaki hampir setiap minggu sebelum ini pernah menawan Gunung Fuji ketika berusia 96 tahun.
Kali ini, beliau mengambil masa tiga hari dengan dua kali bermalam di pondok sepanjang laluan sebelum berjaya sampai ke puncak.
Kokichi sebelum ini turut mendaki Gunung Nabewariyama setinggi 1,272 meter sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-99, membuktikan semangat luar biasa meskipun usianya sudah lanjut.