Malaysia

Lelaki buat aksi tidak sopan di tempat awam ditahan polis

Tindakan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Batu 4, Kluang, mengundang padah apabila dia ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.22 petang yang turut tular di laman Facebook.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di tepi Jalan Besar Mersing selepas polis mengesahkan kejadian berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Kluang.

Siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau. Namun, ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Video berdurasi 12 saat yang memaparkan aksi lelaki itu menjadi tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker