Lelaki bunuh diri selepas sangka pukul isteri hingga maut

Seorang lelaki di Thailand bertindak membunuh diri selepas menyangka isterinya telah meninggal dunia akibat dipukul dalam satu kejadian yang dipercayai berlaku ketika dia berada di bawah pengaruh dadah.
Si suami, Wichet Phurimnak, 34, yang bekerja sebagai pemandu lori treler, ditemui mati tergantung menggunakan kain tradisional Thai di kipas siling dalam sebuah rumah pekerja di daerah Si Racha, Chonburi.
Siasatan awal mendapati Wichet bertindak demikian selepas menyerang isterinya dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah, sebelum menyangka wanita itu telah mati apabila tidak sedarkan diri.
Namun, wanita berusia 32 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang berhampiran, hanya pengsan dan kembali sedar selepas beberapa jam.
Dalam kenyataan kepada polis, isteri mangsa memaklumkan bahawa sebelum kejadian, mereka terlibat dalam pertengkaran selepas Wichet mengambil dadah dan menjadi agresif.
Pihak berkuasa tempatan kini menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden berkenaan.