Dunia

Lelaki bunuh kekasih dengan 31 tikaman selepas dapat tahu rupanya isteri orang

Sebuah insiden kejam mengejutkan penduduk setempat Phitsanulok, Thailand apabila seorang lelaki bertindak membunuh teman wanitanya secara brutal dengan 31 tikaman di sebuah kedai serbaneka pada 10 Jun lalu.

Mangsa, wanita tempatan berusia 43 tahun, ditemui tidak bernyawa di lokasi kejadian. Suspek, lelaki berusia 50 tahun yang juga penyanyi di sebuah restoran terkenal, dikatakan naik berang selepas mengetahui bahawa wanita itu sebenarnya telah berkahwin sepanjang hubungan mereka berlangsung.

Lebih memburukkan keadaan, suspek turut berdepan tekanan emosi selepas baru didiagnosis menghidap HIV dan kanser, mendorongnya hilang kawalan.

Dia dilaporkan menunggang motosikal ke tempat kerja mangsa sebelum menyerangnya bertubi-tubi dengan sebilah pisau, hingga menyebabkan kematian serta-merta.

Suspek turut bertindak agresif terhadap orang awam yang cuba membantu sebelum ditahan pihak polis.

Kes disiasat sebagai pembunuhan dengan bukti terus dikumpul bagi tindakan undang-undang selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker