Malaysia

Lelaki cabul pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan polis selepas mencabul beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, Temerloh.

Kejadian terbongkar selepas rakaman video tular menunjukkan suspek sengaja melanggar dan mencabul mangsa ketika mereka membeli juadah berbuka.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, suspek ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Tiga wanita telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku pada 6 dan 10 Mac.

Suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana sudah lama tidak bersama wanita dan mendakwa menghidap HIV positif sejak 13 tahun lalu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker