Malaysia
Lelaki Cedera Dilanggar Tayar Lori Tercabut di Yan

YAN: Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera di kaki dan paha selepas dilanggar tayar lori yang tercabut di Simpang Kuala, Sungai Daun, hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, ASP Musa Rabien, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1 tengah hari ketika mangsa berada di belakang keretanya di bahu jalan. Tayar lori Hino yang membawa muatan sekam padi tiba-tiba tercabut dan melanggar mangsa.
Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani. Pemandu lori berusia 50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.