Lelaki cerai isteri, nikahi ibu mentua sendiri yang dihamilkannya hingga lahirkan anak

SOPPENG (INDONESIA), 22 Mei — Seorang lelaki mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan menjalin hubungan dengan ibu mentuanya sendiri hingga wanita itu dikatakan melahirkan seorang anak.
Kejadian tersebut berlaku di Abbanuange, Soppeng, Indonesia
Menurut Ketua Kampung, Buhari, insiden yang berlaku awal tahun 2024 telah pun diselesaikan secara damai antara kedua-dua pihak.
“Menantu tersebut didakwa menghamilkan ibu mentuanya. Namun ini kes lama, si ibu sudah melahirkan anak dan isu tersebut telah diselesaikan secara baik,” katanya.
Ketua Polis Daerah Soppeng, AKBP Aditya Pradana mengesahkan perkara itu, memaklumkan bahawa wanita terbabit adalah seorang balu, dan hubungan intim antara mereka berlaku selepas kematian suaminya.
Menurut beliau, lelaki berkenaan kemudian menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun dan menikahi ibu mentuanya selepas mendapat persetujuan semua pihak.
“Keputusan dibuat secara bersama — menantu menceraikan isterinya dan seterusnya berkahwin dengan ibu mentuanya. Perkara ini telah selesai secara aman,” katanya.
Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat setempat, terutama melibatkan nilai moral dan hukum agama. Islam dengan jelas melarang perbuatan zina, dan umat Islam diingatkan untuk menjauhi sebarang perlakuan mendekati perbuatan terkutuk itu.