Malaysia

Lelaki Cuba Lari Daripada Polis Ditahan Bersama Syabu

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan selepas cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku pada 1 tengah hari apabila suspek enggan berhenti untuk pemeriksaan dan memecut kereta Honda City miliknya ke arah Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

Polis berjaya menahan suspek, dan pemeriksaan menemui sepeket syabu. Semakan mendapati suspek memiliki 18 rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berikutan video kejadian yang tular di media sosial.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker