Lelaki direman 7 hari, cabul cucu saudara 6 tahun di Gerik
Kuala Lumpur, Ogos 6 – Seorang lelaki direman tujuh hari susulan disyaki terlibat dalam kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek lelaki berusia 54tahun, yang juga penganggur ditahan di sebuah kampung di Gerik, pada semalam, selepas menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian cabul itu dilakukan antara Mac hingga April lalu apabila suspek telah mengurut perut dengan alasan untuk membuang angin sebelum meraba kemaluan mangsa.
Mengulas lanjut, beliau berkata suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.
Kini, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.