Malaysia
Lelaki disyaki bunuh diri dalam kenderaan 4WD di Ipoh
Kuala Lumpur, Nov 4 – Seorang lelaki ditemui maut dalam kenderaan pacuan empat roda di Taman Hillpark Waterfront, Bandar Lahat Mines, Ipoh pagi semalam,disyaki bunuh diri.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Ahmad berkata, mangsa berusia 42 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu tanpa kecederaan pada tubuhnya.
Hasil siasatan awal mendapati si mati telah melemaskan diri dengan asap dalam kenderaan yang dikunci dari dalam dan tiada sebarang unsur jenayah pada tubuhnya.
Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.