Malaysia

Lelaki ditahan disyaki bunuh nenek angkat di Bintulu, Sarawak

Kuala Lumpur, Julai 28 – Polis tahan seorang lelaki disyaki terbabit kes pembunuhan wanita warga emas yang juga nenek angkatnya, kelmarin di Bintulu, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali,suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah bilik hotel di Taman Sri Dagang kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Difahamkan suspek bertindak menjual seutas rantai emas yang sudah putus, kepada sebuah kedai emas di pasar Bintulu.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 32 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media laporkan polis terima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat seorang warga emas di kediaman mangsa di Kampung Dato, Bintulu, Sarawak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker