Dunia

Lelaki ditahan lakukan aksi tidak senonoh terhadap anjing

Seorang lelaki berusia 59 tahun di Thailand ditahan selepas didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seekor anjing di tandas awam sebuah taman rekreasi.

Kejadian disedari penduduk tempatan yang melihat lelaki itu menarik anjing berkenaan masuk ke dalam tandas sebelum bertindak menghubungi rakannya untuk membantu.

Apabila mereka memeriksa, lelaki tersebut keluar dari tandas bersama anjing itu dalam keadaan mencurigakan dan akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Penduduk setempat mendakwa lelaki sama pernah dilihat berkeliaran di kawasan taman itu sejak lama, malah ada saksi yang pernah melihatnya melakukan perkara sama terhadap anjing beberapa bulan lalu namun tidak membuat laporan.

Kumpulan kebajikan haiwan kemudian membuat aduan rasmi kepada polis dan mendakwa suspek sudah melakukan perbuatan tersebut lebih setahun, namun kali ini ia dirakam menerusi video sebagai bukti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker