Malaysia
Trending

Lelaki ditahan, maki hamun anggota trafik di Ayer Itam, Pulau Pinang

Kuala Lumpur, Oct 4 – Baru-baru ini, satu video tular yang memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak memaki hamun anggota polis trafik akibat berang dikenakan saman di Ayer Itam,Pulau Pinang.

Susulan itu, lelaki berusia 25 tahun itu, ditahan dan kini direman tiga hari sehingga 5 Oktober untuk tindakan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata,kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.45 petang kelmarin, ketika lelaki itu ditahan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Lebuhraya Thean Teik, berhadapan sebuah pasar raya.

“Semasa anggota mahu mengeluarkan saman terhadap suspek, lelaki itu tiba-tiba berang dan memaki hamun serta mengeluarkan perkataan kesat.

“Susulan itu, anggota membuat laporan pada hari sama dan suspek ditangkap di Taman Terubong Jaya pada 10.30 malam (semalam),” katanya dalam kenyataan.

Mengulas Lee berkata suspek direman tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker