Malaysia
Lelaki ditembak ketika ambil anak dari sekolah di Butterworth

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat rodanya ditembak dari jarak dekat oleh dua individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah di Sungai Nyior, Butterworth, petang Selasa.
Kejadian berlaku sekitar jam 5.40 petang ketika mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Dua suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi pemandu, namun mangsa dilaporkan tidak cedera.
Berdasarkan gambar yang tular, sekurang-kurangnya lima kesan tembakan ditemui pada cermin kenderaan tersebut. Kes kini dalam siasatan pihak berkuasa.