Malaysia
Lelaki hampir jatuh ke dalam tanah jerlus Masjid India, kini peluk Islam – ABIM

Kuala Lumpur, Ogos 29 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengesahkan pengislaman seorang saudara selepas hampir menjadi mangsa tragedi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan, ABIM menyatakan pihaknya proses pengislaman itu berlaku di Islamic Outreach ABIM (LOA) Centre, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
ABIM memohon agar semua pihak memberi ruang kepada saudara baharu ini bertenang, menghormati privasi dan mendoakan kebaikan beliau.
Mengulas, pihaknya turut mendoakan supaya mangsa tanah jerlus di Masjid India dapat ditemui dalam masa terdekat.