Malaysia

Lelaki hilang ketika memancing di Limbang dipercayai dibaham buaya

Operasi mencari seorang lelaki yang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di tebing sungai dekat Kampung Pandam, Limbang digerakkan petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Karim Osman, 58, dilaporkan hilang selepas hanya peralatan memancing dan barang peribadinya ditemukan di lokasi kejadian.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang yang tiba bersama bot dan pacuan empat roda kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejauh satu kilometer ke hilir sungai.

Sepanjang operasi, pasukan penyelamat sempat melihat seekor buaya timbul dengan objek menyerupai tubuh manusia dalam mulutnya.

Namun atas faktor keselamatan serta cuaca gelap, operasi terpaksa ditangguhkan pada 6.17 petang Selasa dan akan bersambung semula pagi Rabu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker