Lelaki Indonesia ditahan, muat naik video serbuan Imigresen di TikTok

Kuala Lumpur, Nov 15 – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas memuat naik video serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di aplikasi TikTok.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu merakam operasi JIM yang berlangsung di sebuah flat di Segambut, bertujuan memberi amaran kepada rakan-rakannya yang disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI).
Serbuan pada jam 12.15 tengah malam tadi, JIM berjaya menahan 51 PATI, yang terdiri daripada 44 lelaki, empat wanita, dan seorang kanak-kanak.
“Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada pas atau permit sah dan tinggal lebih masa,” kata Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.
Beliau turut memaklumkan bahawa kebanyakan PATI ditahan bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu kedai, serta menyewa flat berkenaan dengan kadar antara RM900 hingga RM1,000 sebulan.
Operasi itu dilakukan selepas risikan selama dua minggu susulan aduan awam.Mengulas beliau menegaskan bahawa pihak yang bersalah akan dikenakan tindakan undah-undang dengan telus.