Malaysia

Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit di Bagan Serai

Kuala Lumpur, Julai 4 – Nasib malang bagi seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, hasil siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan sehingga menyebabkan galah sawit yang dibawa bersama mangsa terpelanting dan tertusuk di bahagian belakang badannya.

Katanya, mangsa ditemui oleh dua orang awam di tepi parit dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan apabila pihak ambulans tiba ke tempat kejadian, mereka mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasatan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan perut tertembus,.

Mengulas lanjut, Juna berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan ke balai polis berdekatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker