Dunia

Lelaki kencing atas penumpang lain atas pesawat Air India, mangsa warga Jepun hanya mampu reda

Seorang penumpang warga India yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dilaporkan telah membuang air kecil ke atas seorang ahli perniagaan warga Jepun dalam penerbangan Air India dari New Delhi ke Bangkok pada Rabu lepas.

Insiden yang berlaku di bahagian kelas perniagaan pesawat AI2336 itu disahkan oleh syarikat penerbangan tersebut, yang turut memaklumkan siasatan sedang dijalankan.

Menurut laporan media tempatan India, kejadian berlaku ketika pesawat sedang dalam fasa menurun sebelum mendarat.

Penumpang yang berusia 24 tahun itu kemudiannya dipindahkan ke tempat duduk lain selepas kejadian itu dan beberapa kali memohon maaf kepada mangsa.

Apa yang mengejutkan, mangsa langsung tidak bertindak agresif dan sebaliknya reda dan enggan memperbesarkan isu berkenaan kerana tidak mahu membuang masa di lapangan terbang.

Ini adalah kejadian kedua seumpamanya melibatkan penumpang terkencing ke atas individu lain ketika dalam penerbangan dalam tempoh kurang tiga tahun.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker