Dunia

Lelaki lepaskan nafsu terhadap 12 ekor anjing jalanan ditahan

Seorang lelaki dikenali sebagai Naushad, 36 tahun, ditahan polis di Kailash Nagar, Delhi selepas didakwa merogol lebih 10 ekor anjing betina jalanan dan merakam perbuatan keji itu untuk disebarkan atas talian.

Suspek yang bekerja dengan sebuah NGO haiwan ditangkap selepas rakaman kejadian tular di media sosial.

Dalam video tersebut, dia dipukul oleh orang awam yang berjaya menangkapnya ketika sedang melakukan perbuatan itu.

Aktivis haiwan yang turut berada di lokasi melaporkan Naushad kepada pihak berkuasa, dan dalam siasatan awal, dia mengaku telah mencabul sekurang-kurangnya enam ekor anjing.

NGO terbabit pula mendakwa jumlah mangsa mungkin mencecah 13 ekor.

Bukan kali pertama berlaku di India dan ia mencetuskan perbincangan serius tentang kekurangan perlindungan haiwan serta keperluan sokongan kesihatan mental di negara itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker