Dunia

Lelaki Malaysia didenda di mahkamah Singapura, pancut air kencing,tepung pada pakaian wanita

Kuala Lumpur, Jun 21 – Seorang lelaki warga tempatan dikenakan denda sebanyak RM4,160 oleh mahkamah Singapura semalam kerana memancut air kencing dan tepung ke atas pakaian seorang wanita Singapura.

Tertuduh Tan Jun Hao berusia 31 tahun, mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita di Mahkamah Singapura semalam.

Menurut fakta kes, tertuduh mengekori wanita berusia 26 tahun itu yang menaiki eskalator dari stesen MRT Nicoll Highway di Singapura kira-kira jam 8.30 malam pada 9 April lalu.

Lelaki itu kemudian bertindak memancutkan campuran itu, yang diletakkan dalam botol plastik kecil, pada pakaian wanita berkenaan semasa mangsa sedang berjalan di jambatan berhampiran.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Yap Jia Jun berkata, “Tertuduh berhasrat memancutkan campuran itu di pakaian wanita, terutama wanita muda yang memakai seluar atau skirt berwarna gelap, dan kemudian memaklumkan kepada mereka bahawa pakaian mereka kotor.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker