Malaysia

Lelaki maut motosikal terjatuh ke dalam laut di Pelabuhan Klang

Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakannya tergelincir ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang, Shah Alam, Sabtu lepas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemukan pada 8.17 pagi Isnin selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Dalam kejadian yang berlangsung pada Sabtu lepas, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an diselamatkan orang awam namun seorang lagi tidak dijumpai dan dikhuatiri lemas.

Mangsa hanya dijumpai dua hari kemudian oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Pelabuhan Klang pada jarak 200 meter dari tempat mangsa jatuh.

Mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker