Malaysia

Lelaki Pakistan pandai menjawab walaupun terang-terang curi minyak

Dua suspek termasuk seorang lelaki warga Pakistan berusia 38 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 60 tahun ditahan selepas dipercayai mencuri minyak petrol motosikal di sebuah pangsapuri di Tanjung Kupang.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata kejadian disedari pemilik motosikal sekitar jam 7.30 pagi sebelum polis menahan kedua-duanya pada hari yang sama.

Pemeriksaan mendapati mereka tiada rekod jenayah dan ujian air kencing negatif, namun polis merampas dua botol berisi petrol serta sebilah gunting.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Johor Bahru bagi siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker