Lelaki positif dadah, 17 kes lampau mengamuk, guna kata kesat di plaza tol Batu 9
Kuala Lumpur, Nov 5 – Polis menagan seorang lelaki yang bertindak mengamuk serta menggunakan kata-kata kesat di plaza tol berhampiran Jalan Batu 9, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata, pihaknya mengesan tindakan lelaki itu menerusi video tular di media sosial.
“Berikutan kejadian ini, IPD Kajang menjalankan siasatan dan mendapatkan keterangan seorang wanita berusia 22 tahun yang berkerja sebagai jurutol.
“Mangsa menyatakan punca kejadian adalah kerana suspek berusia 21 tahun ditegur kerana mengetuk tempat kad Touch n Go dengan kuat semasa menggunakannya sebelum itu, lalu suspek terus mengamuk memarahi mangsa dengan bahasa kesat serta menendang dinding kaunter tol ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, polis menahan suspek bersama sebuah Perodua Alza warna hitam di kawasan perumahan di Hulu Langat serta mendapati suspek positif dadah dan mempunyai 17 rekod jenayah lampau.