Malaysia

Lelaki pura-pura tanya jalan kemudian tunjuk kemaluan ditahan polis

Seorang lelaki berusia 30-an ditahan pada Rabu di Tawau, Sabah selepas didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin memaklumkan, kejadian berlaku sekitar 12.45 tengah hari ketika mangsa berusia 15 tahun dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Suspek yang memandu pacuan empat roda dikatakan pada mulanya bertanyakan arah sebelum bertindak lucah.

Kerana ketakutan dan terkejut, mangsa kemudian melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran sebelum membuat laporan polis.

Susulan itu, suspek berjaya ditahan di Merotai pada petang hari sama, bersama kenderaan yang digunakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker