Malaysia

Lelaki rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kuala Kangsar

Lelaki rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kuala KangsarKuala Lumpur,Ogos 29 – Seorang lelaki ditemu rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Jalan Kampong Baru Liman Kati, Kuala Kangsar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya mendapati keadaan api sedang marak membakar keseluruhan rumah kelas C berukuran 20 x 80 kaki persegi musnah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Terdapat seorang lelaki berbangsa Cina berumur 36 tahun telah terperangkap di dalam rumah dan ditemui dalam keadaan rentung di bahagian ruangan dapur rumah tersebut dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Mayat lelaki berusia 36 tahun itu ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan.

Mengulas beliau bekata, mayat mangsa kemudianya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker