Malaysia

Lelaki rugi RM11,000 diragut di Setia Alam

Seorang lelaki kerugian kira-kira RM11,000 selepas diragut di hadapan sebuah kedai serbaneka di Setia Alam, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim, suspek menaiki motosikal Yamaha 135LC merah dan berpura-pura melanggar kereta mangsa sebelum meragut rantai lehernya dan melarikan diri.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker