Hiburan

Lelaki selamatkan monyet daripada lemas; Marah monyet duduk diam guna loghat Terengganu

Kuala Lumpur, Julai 9 – Baru-baru ini, satu video sering tular di aplikasi Tik Tok memaparkan seorang lelaki bertindak menyelamatkan seekor monyet daripada lemas dipercayai berlaku di Tasik Kenyir bertempat daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna amazonhouseboat, dari TikTok memaparkan lelaki berkenaan memberitahu monyet itu dalam loghat Terengganu pekat, supaya duduk diam dalam bot berkenaan untuk dibawa ke tepi tasik dengan selamat.

Susulan itu, rata-rata netizen merasakan video itu lucu kerana lelaki berkenaan sempat berbahasa dalam loghat Terengganu dengan seekor monyet sambil memarahinya bagaikan seorang ibu.

Ada juga komen berkata, kemungkinan monyet itu sudah bosan duduk di pulau yang sama, sebab itu dia cuba larikan diri, terjun dalam tasik berkenaan, ada juga ucap terima kasih kepada lelaki berkenaan yang berbesar hati menyelamatkan monyet yang hampir lemas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker