Malaysia

Lelaki serang peniaga tidak diambil tindakan kerana sudah minta maaf – Polis

Polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap seorang lelaki yang menyerang peniaga char koay teow di New Lane, Georgetown baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 malam pada 5 Julai itu tular selepas dirakam orang awam, memaparkan lelaki terbabit marah kerana penjual dikatakan tidak mengendahkan soalannya mengenai pesanan.

Lelaki itu kemudian dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada dua peniaga berkenaan, sebelum mengancam untuk membalikkan kuali mereka walaupun telah diberi amaran bahawa polis akan dihubungi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake, salah seorang peniaga telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun, siasatan mendapati kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut kerana peniaga berkenaan memaafkan suspek yang sudah memohon maaf.

Tambah beliau, pengadu juga tidak mahu meneruskan kes memandangkan tiada kecederaan atau kerugian dialami oleh dirinya mahupun ahli keluarga.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker