Dunia

Lelaki simpan RM840,000 dalam 6 tahun, belanja makan tak lebih RM5 sehari

Seorang lelaki berusia 29 tahun di China menarik perhatian ramai apabila berjaya mengumpul simpanan mencecah 1.3 juta yuan (kira-kira RM840,000) hanya dalam tempoh enam tahun dengan gaya hidup yang sangat berjimat.

Ini termasuk dengan prinsipnya yang berbelanja kurang RM5 untuk setiap hidangan sehari.

Dikenali di media sosial sebagai “Little Grass Drifting North”, dia bekerja sebagai hos siaran langsung di sebuah syarikat internet di Beijing selain menguruskan perniagaan media.

Sikapnya yang sangat berhati-hati dalam berbelanja bermula sejak kecil selepas keluarganya menanggung beban hutang besar bagi membiayai rawatan ibunya yang sakit tenat.

Sejak tamat pengajian, dia mengehadkan kos makan bulanan kepada sekitar 500 yuan (RM340) sahaja dengan hanya makan masakan sendiri. Perbelanjaan terbesar bulanannya hanyalah bayaran sewa rumah sekitar 2,500 yuan (RM1,625).

Menariknya, lelaki itu hampir tidak pernah bercuti sepanjang enam tahun lalu, malah ketika cuti Tahun Baharu Cina sekalipun dia jarang mengambil cuti penuh.

Bagi dirinya, keseronokan bukanlah satu keutamaan kerana lebih fokus untuk memastikan kewangan kukuh bagi menghadapi sebarang kecemasan pada masa depan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker